Perkhidmatan berkaitan Disney_Junior

Disney Junior HD

Fail:Disney Junior HD logo.gif

Disney Junior HD[2][3] ialah suapan serentak definisi tinggi rangkaian ini, menyiarkan kebanyakan kandungan rangakaian ini dalam HD 720p. Ia mula disiarkan pada 23 Mac 2012 di beberapa penyedia Time Warner Cable, Bright House Networks, Cablevision dan Verizon FIOS. Kini, Dish Network dan DirecTV tidak membawa saluran serentak HD Disney/ABC Cable Networks' kerana pertikaian persetujuan penyiaran semula dengan Walt Disney Company.

Disney Junior On Demand

Disney Junior On Demand ialah perkhidmatan video-on-demand, yang menawarkan episod terpilih untuk siri asli Disney Junior. Ia tersedia di kebanyakan penyedia kabel digital dan IPTV yang membawa rangkaian ini.